Sabtu, 18 Mac 2017

Mangsa ke-3


 

ARKIB : 07/08/2001
PENJARING gol tunggal negara, Chairil Anwar Abdul Aziz (kanan) berebut bola dengan pemain Jerman, Michael Dr Green pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam. Jerman menang 5-1. - Gambar SHAMSUL ARIFFIN CHE OMAR.

Oleh SAADON JAAFAR
BJORN Michel menjaringkan empat gol ketika membantu Jerman menjadikan Malaysia mangsa ketiga dalam pemburuan gelaran dengan kemenangan besar 5-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan itu membolehkan Jerman kekal dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan iaitu menewaskan India 2-0, membelasah Australia 6-2 dan kemudian memadamkan impian Malaysia 5-1.

Michel membuka tirai jaringan buat Jerman pada minit ke-17, sebelum meneruskan kehebatannya dengan tiga lagi gol pada minit ke-21, 44 dan 65, manakala satu gol lagi dihasilkan oleh Oliver Domke pada minit ke-60.

Begitupun, dua minit sebelum perlawanan tamat, skuad negara berjaya mencuri ruang untuk gol tunggal, hasil serangan balas yang dilakukan menerusi gandingan Chua Boon Huat dan Chairil Anwar Abdul Aziz.

Chua melorongkan bola untuk disempurnakan oleh Chairil yang menewaskan penjaga gol kedua Jerman, Christopher Reitz.

Jurulatih Jerman, Bernhard Peter mengakui Malaysia memudahkan laluan pasukannya untuk bergelar juara edisi ke-11 kejohanan, tetapi tidak memandang mudah ujian seterusnya menentang Korea Selatan hari ini.

``Saya jangkakan pertemuan menarik menentang Korea Selatan, tetapi mereka memiliki kelebihan kerana tidak beraksi hari ini (semalam).

``Kami baru menewaskan mereka 2-0 pada Piala Konica, lima minggu lalu. Saya harap kemenangan menyebelahi kami lagi,'' katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bhzUlzTe © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan