Ahad, 25 Jun 2017

Malaysia tumbang



 
ARKIB : 13/04/2006
Ads by Kiosked
Malaysia tumbang
PEMAIN Malaysia, Keevan Raj (kiri) diasak pemain Jepun, Kazuhiro Tsubouchi (kanan) pada perlawanan hoki kelayakan Piala Dunia Kumpulan B di Jiangsu, China, semalam. Malaysia tewas 0-1. - AFP.

CHANGZHOU - Pasukan hoki negara memulakan aksi hambar pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang berlangsung dalam cuaca sejuk di Kompleks Sukan Wu Jin apabila tewas 0-1 kepada Jepun dalam aksi Kumpulan B, semalam.

Dengan suhu di bawah 15 darjah selsius dan jatuh sehingga 6 darjah selsius pada beberapa waktu jika cuaca lembab, pasukan negara gagal menyempurnakan lima penalti sudut.

Kegagalan itu ternyata membawa padah dengan Jepun memperoleh penalti sudut itu selepas Malaysia gagal dalam tiga percubaan berturut-turut.

Beberapa minit selepas ketua pasukan, S. Kuhan dan rakan-rakannya melepaskan peluang dengan pukulan tidak tepat ke sasaran, Takahiko Yamabori memastikan pukulannya begitu tepat untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd. Nashihin Nubli Ibrahim.

Kekalahan itu menjadi igauan buruk buat Malaysia sekali gus menambah tekanan apalagi dengan aksi berikutnya menentang Korea Selatan, Jumaat ini.

Dengan Perancis berjaya mengikat Korea Selatan dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi terdahulu, kemenangan hari ini sepatutnya mampu meletakkan Malaysia di laluan terbaik untuk ke separuh akhir dan layak ke Piala Dunia di Jerman dari 6 hingga 17 September ini.

Malaysia nyata gagal beraksi dengan baik pada babak pertama yang dikuasai oleh Jepun, yang menggunakan kepantasan mereka di bahagian sayap dengan mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan negara.

Benteng pasukan negara terpaksa bekerja keras untuk menyekat kepantasan jentera serangan Jepun, yang memperoleh tidak kuran gtujuh pukulan di luar kawasan selain satu penalti sudut.

Malangnya, Jepun gagal menambah jaringan. Malaysia turut memiliki beberapa peluang terbaik pada babak kedua namun ia samada dipersia-siakan atau tersasar.

Di sebalik kekalahan itu, yang lebih membimbangkan jurulatih, Wallace Tan ialah apabila tonggak utamanya, Keevan Raj mengalami kecederaan selepas terkena bola pada minit ke-31.

``Jepun menguasai babak pertama tetapi kami bangkit untuk mendapatkan beberapa pukulan penalti sudut pada babak kedua. Malangnya pemain kita gagal menepati sasaran.

``Kini, kami perlu mengembalikan semangat para pemain dalam pasukan ini dengan memberi tumpuan untuk aksi berikutnya,'' kata Wallace sejurus selepas perlawanan.

Beliau menambah, pasukan Jepun, seperti yang dijangka menggunakan kepantasan mereka untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan.

- Bernama

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l1sDBHAU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan