Jumaat, 13 Oktober 2017

Malaysia seri dengan Pakistan



ARKIB : 12/08/2007

BEIJING – Malaysia seri 1-1 dengan Pakistan dalam perlawanan sengit Kejohanan Hoki Empat Negara di Stadium Hoki Olimpik Green di sini, semalam.

Pakistan mendahului minit ke-31 menerusi pukulan sudut penalti Ali Kashif.

Namun, harapan Pakistan untuk memasuki perlawanan akhir musnah apabila ketua pasukan Malaysia, Jiwa Mohan menyamai kedudukan menerusi pukulan penalti pada minit ke-51.

Ia merupakan perlawanan seri ketiga bagi Pakistan.

Perlawanan ulangan bagi merebut pingat gangsa antara Malaysia dan Pakistan akan berlangsung, esok.

Sementara itu, pasukan Australia yang tidak pernah tewas membelasah China 6-1.

Mereka juga akan bertemu pada perlawanan akhir Isnin ini di mana Australia dijangka merangkul kejuaraan yang diadakan bagi China menguji gelanggang sukannya menjelang Sukan Olimpik 2008 di sini setahun dari sekarang.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4vODh9VSh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan