Ahad, 9 April 2017

Malaysia parah, Pakistan megah



ARKIB : 13/01/2004

Oleh A. JAILANI ABDULLAH dan DALLIA DUNSTAN

AUSTRALIA menghidupkan peluang untuk merebut tempat ke perlawanan akhir, terima kasih kepada dua jaringan Troy Elder selepas menundukkan Malaysia 3-2 dalam perlawanan menghiburkan pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan juara Oceania itu di tangga ketiga dengan enam mata daripada tiga perlawanan, di belakang Pakistan dan Jerman.

Sementara itu, Pakistan melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Jerman 4-3 Dalam perlawanan semalam, Australia menghasilkan gol menerusi Travis Brooks (minit 11) serta Elder (minit 32 dan 52).

Sementara gol-gol Malaysia dijaringkan K.Keevan Raj (minit 18) dan Azlan Misron (55)

MALAYSIA: S. Kumar, Muhamad Amin Rahim, Chua Boon Huat, K. Logan Raj, S. Kuhan, K. Gobinathan, Jiwa Mohan, Tajol Roslie Mohamad, K. Keevan Raj, Ismail Abu, Azlan Misron

AUSTRALIA: Mark Hickman, Michael McCann, Troy Elder, Mark Knowles, Grant Schubert, Aaron Hopkins, Ben Bishop, Matthew Wells, Travis Brooks, Brent Livermoore, Zain Wright

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4dkb3zn4T
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan